Ubi Gadong Sebagai Salutan Hijau: Antikulat Dan Anai-anai
Author: Muhammad Imran Azman, Mohammad Azwani Shah Mat Lazim
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672429920
Weight: 0.223kg
Pages: 141
Year: 2021
Price: RM30
Kayu merupakan komposit polimerik semula jadi yang digunakan dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang pembinaan. Walaupun kayu mempunyai keteguhan dan kekuatan yang baik, ia sangat terdedah kepada serangan kulat pereput kayu dan serangga perosak seperti anai-anai. Oleh itu, salutan novel unik, tidak melarut dan tahan lama yang bersifat anti-biosid berasaskan polivinil alkohol (PVOH) dan kanji PVOH-g-S dihasilkan. PVOH-g-S disintesis dengan menggunakan kaedah pempolimeran kanji-monomer terubah suai melibatkan polivinil alkohol (PVOH) sebagai monomer yang disalutkan pada permukaan kayu getah melalui kaedah celupan bertekanan. Sintesis salutan dibangunkan untuk aplikasi perencatan berterusan terhadap kulat patogenik. Penilaian PVOH-g-S terhadap kekuatan perencatan serta sifat anti-kulat telah dijalankan menggunakan spesies kulat reput. Menariknya, ujian anti-kulat menunjukkan keputusan yang sangat meyakinkan. Kekuatan terikan regangan, dan pemanjangan pada salutan berasaskan kanji Dioscorea hispida sp yang ditambahkan dengan agen pemplastik gliserol serta sorbitol dan surfaktan Tween-80 dinilai dengan menggunakan ujian regangan tensil. Selain itu, MTMS telah digunakan sebagai agen hidrofobik untuk ketahanan salutan PVOH-g-S terhadap air. PVOH-g-S berpotensi digunakan sebagai teknologi novel salutan kayu yang lebih hijau.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.