Undang-Undang Adat Negeri Kedah Abad Ke-19 Milik Ku Din Ku Meh

RM48.00
In stock
+

Undang-Undang Adat Negeri Kedah Abad Ke-19 Milik Ku Din Ku Meh

Author: Jelani Harun, Mahani Musa, Idris Mansor & 'Aisyah Kamaruddin
Publisher: USM Press
ISBN: 9789674615710
Weight: 0.427kg
Pages: 265pp
Year: 2021
Price: RM48

Buku ini menampilkan kepada pembaca sebuah naskhah perundangan adat negeri Kedah yang diberi judul Undang-Undang Adat Negeri Kedah yang terhasil pada tahun 1893 dan masih belum diterbitkan. Isi kandungannya memerikan pelbagai maklumat penting tentang amalan undang-undang adat kesultanan Kedah pada abad ke-19, dan dalam masa yang sama mengetengahkan nilai sosiobudaya, ekonomi dan aturan kehidupan seharian masyarakat. Naskhah undang-undang tersebut juga kaya dengan nasihat adab pemerintahan mengikut ajaran Islam, kedudukan wanita, keanekaragaman bahasa dan sebagainya. Berdasarkan hukum-hakam yang tercatat dalam naskhah tersebut, dapat dibuat suatu gambaran tentang permasalahan sosial yang berlaku di Kedah sekitar abad ke-19 hingga pelbagai bentuk undang-undang telah diwujudkan bagi membendung dan mengatasi permasalahan sosial tersebut. Keunikan naskhah Undang-Undang Adat Negeri Kedah semakin terserlah melalui identiti pemiliknya, Ku Din Ku Meh yang pernah berkhidmat sebagai Penguasa Penjara di Alor Setar, Kedah pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Syah (1881–1943), dan seterusnya menjadi Gabenor di Setul (Satun). Hal ini memperlihatkan bahawa naskhah perundangan adat masih memainkan peranan dalam sistem perundangan di negeri Kedah pada abad ke-19 bagi memelihara keharmonian dan keutuhan kerajaan dan negara. Naskhah Undang-Undang Adat Negeri Kedah merupakan suatu pencapaian penting bagi sejarah dan ketamadunan hidup serta ketinggian hasil persuratan di negeri Kedah yang perlu diketengahkan kepada masyarakat hari ini.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US