Universiti Cemerlang Menjana Kesejahteraan Sejagat

RM45.00
9789835215186
In stock
+

Universiti Cemerlang Menjana Kesejahteraan Sejagat

Author: Wahid Omar
Publisher:  Penerbit UTM Press
ISBN: 9789835215186
Weight: 0.5
Pages: 204pp
Year: 2018
Price: RM45

Dalam Buku Perutusan 2018, penulis memilih judul Universiti Cemerlang Menjana Kesejahteraan Sejagat. Judul ini amat signifikan disebabkan ia terus dihubungkait dengan falsafah UTM. Dengan jelas, falsafah ini mengungkapkan suatu usaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kecemerlangan sains, teknologi dan kejuruteraan melalui pendidikan tinggi demi membina kehidupan yang sejahtera dan makmur bagi masyarakat sejagat. Hakikatnya pendidikan tinggi merupakan tunjang utama dalam agenda pembangunan negara. Hal ini menepati hasrat untuk membina masyarakat berpengetahuan dan berkemahiran dengan kesempurnaan nilai-nilai keinsanan. Jelasnya, dalam mana-mana peradaban, bidang pendidikan sentiasa diutamakan. Pendidikan bukan suatu komoditi untuk diperniagakan, bukan untuk mengejar ranking global, dan bukan untuk mendapat laba duniawi. Pendidikan mesti disertakan dengan falsafah yang sarat dengan nilai-nilai ketuhanan dan keinsanan bagi menunjangi pembangunan kemanusiaan yang holistik. Sesungguhnya bidang pendidikan menyumbang kepada peradaban manusia yang inklusif. Dalam konteks inilah, setiap warga UTM wajar memahami dan menghayati falsafah, visi, dan misi universiti agar kita fokus kepada tanggungjawab utama dalam pendidikan tinggi bagi mensejahtera rakyat dan memakmurkan negara sekaligus meletakkan Malaysia dalam kalangan negara-negara maju, selaras dengan aspirasi Transformasi Nasional 2050.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US