Ustaz Dahlan: Murabbi Merentas Zaman
Author: Muhammad Suhaib Ahmad Zahir, Maznah Mat Kasim & Armanurah Mohamad (Penyunting)
Publisher: Penerbit IPTIPs Sdn Bhd
ISBN: 9786299424802
Weight: 400 g
Pages: 270 pp
Year: 2025
Price: RM65
Buku ini menyingkap perjalanan luar biasa Ustaz Dahlan Mohd Zain pengasas Ma'had Attarbiah Al-Islamiyah (MATRI) yang gigih mengangkat martabat pendidikan Islam di Malaysia. Pengalamannya menuntut dan mendapat asuhan tarbiah di Iraq bukan sahaja membentuk visi dan pendekatannya malah menjadi nadi kepada gerakan dakwah dan pembinaan masyarakat yang holistik.
Sebagai tokoh yang dihormati, Ustaz Dahlan bermula aktif bersama ABIM sebelum menjadi pelopor kepada penubuhan HALUAN, malah turut diberi pengiktirafan sebagai Tokoh Guru Negeri Perlis dan penerima gelaran Dato' Kaya Bakti yang dikurniakan oleh DYMM Raja Perlis. Penglibatannya yang luas dari Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) hingga Jawatankuasa Fatwa Negeri menjadi bukti komitmennya demi memastikan ajaran Islam terus relevan, hidup dan berguna demi masa hadapan bangsa.
Buku ini bukan sekadar sebuah dokumentasi tetapi juga sumber inspirasi yang mengajak pembaca merenung makna sebenar tarbiah, kepimpinan dan perjuangan demi sebuah masyarakat yang unggul, berilmu dan berakhlak.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.




.png?1505614499861)
.png?1505614471291)

