Publisher: Islamic Renaissance Front (June, 2012)
Pages: 252 pages (hardcover)
Language: Malay
ISBN: 978-967-10992-1-6
Islam menentang pemikiran jumud yang tidak sedia untuk mendepani zaman. Kemajuan berfikir dalam Islam adalah ciri utama Islam, ia bukan satu pilihan tetapi satu kewajipan. Sejak dari awal wahyu diturunkan, keperluan memartabatkan keupayaan intelektual melalui pembacaan adalah asas permulaan wahyu. Sepanjang sejarah wahyu, terpasaknya kepentingan ilmu didahului dengan ketawhidan yang mutlak kepada Sang Pencipta.
Pencerahan ilmu membuka ruang untuk kita menilai, merungkai, malah mencabar fahaman kita terhadap sesuatu isu yang difikirkan sudah beres polemiknya selama ini. Melalui proses pentaakulan ini kita akan menemui ide baru, pemikiran baru yang amat diperlukan untuk mendepani zaman yang berubah-ubah dan lebih penting nilai keberadaan Islam dalam lingkaran masyarakat terkini dapat dibuktikan. Demikian inilah yang kita fahami terhadap maksud Tajdid atau Pembaharuan yang dianjurkan oleh Islam.
Sepanjang sejarah perkembangan pemikiran Islam, berbagai aliran bertembung antara satu sama lain, bermula dari perkembangan dan pembentukan teologi kepada perkembangan mazahib dan politik Islam adalah tidak lain tidak bukan, produk kebebasan berfikir yang ditampong genangannya oleh Islam. Walaupun sejarah ini sesekali menyaksikan campurtangan kepentingan politik dari istana Khalifah, namun penjanaan intelek tetap subur sehingga budaya ilmu menjadi mercutanda kejayaan Tamadun Islam.
Alangkah berhajatnya kita kepada kegemilangan berfikir ini, khususnya dalam era Islam mendapat tempat dalam pentas acara utama dunia. Kebangkitan dalam revolusi musim semi dunia Arab tiba-tiba meletakkan wacana politik Islam dalam daerah operasi sedangkan sebelumnya ia di dalam buku-buku yang dibaca oleh golongan tertentu sahaja. Sinergi antara teori dan operasinya kadangkali mencabar antara konsep Pan-Islamisme dan gagasan negara bangsa.
Begitu juga dengan konsep Tatbiq Syari’ah yang dilaungkan dengan keperluan yang lebih utama dari segi sosio-ekonomi rakyat yang memerlukan pembungkahan semula dari regim lama. Bagaimanakah pula sinergi dari segi teori dan operasinya kepada soal- soal konstitutionalisme yang selama ini ditolak oleh golongan Islamis kerana kerangka sekularnya?
Tidak syak lagi satu pemikiran sinergi yang kontemporari sifatnya amat diperlukan. Ia bukan sesuatu yang sukar apabila pandangan-pandangan daripada ulama’ dan pemikir pasca- Khilafah sudahpun membuat percubaan-percubaan berani untuk mencabar status-quo pemikiran umat. Malah jika kita melusuri pemikiran ulama’ era Khilafah sekalipun, pasti kita akan ketemui ijtihadad ketika itu yang mendahului zamannya.
Apa yang dipersembahkan dalam penulisan buku ini adalah inisiatif pemikiran kritis dan progresif, manakala muatan esei-esei dalam buku ini adalah bukti kepada kesungguhan para penulisnya untuk menggali persoalan sinergi teori dan operasi di mana konsep asasnya ialah Tajdid Pemikiran atau membentuk sebuah Renaissance. Tajdid adalah dua serampang yang membentuk keperluan dalaman umat memahami agamanya dalam zamannya dan ia juga adalah keperluan luaran bagi menzahirkan kesungguhan Islam mengungguli cabaran semasa yang dihadapinya.
Al-Faqir Ila Afwi Rabbihi
Dr. Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Malaysia
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.