Warisan Keilmuan Ulama Alam Melayu: Tokoh, Karya, dan Pemikiran

RM60.00
9789671946558
Out of stock

Warisan Keilmuan Ulama Alam Melayu: Tokoh, Karya, dan Pemikiran

Author: Ahmad Fauzi Ilyas
Publisher: Kafilah Buku 
ISBN: 9789671946558
Weight: 0.88kg
Pages: 478pp
Year: 2022
Price: RM60

Buku ini menawarkan data yang kaya dan baharu berkenaan khazanah keilmuan Islam di Alam Melayu, yang sebahagiannya belum tersentuh oleh para pengkaji dan penyelidik. Di dalam karya ini, Ahmad Fauzi Ilyas membincangkan 31 tokoh ulama yang memainkan peranan penting dalam menyuburkan budaya ilmu di Alam Melayu –– yang sebahagian namanya belum kenali –– berserta karya-karya yang dihasilkan sebagai interaksi nyata pemikiran mereka dengan lingkungan kehidupannya. Karya-karya tersebut menyajikan perkara yang diperlukan oleh masyarakat ketika itu, serta merakamkan hasil penilaian mereka terhadap sesebuah pandangan dalam bentuk perbincangan dan perdebatan, yang akhirnya menjadi sifat dan ciri keislaman di Alam Melayu itu sendiri.Bahkan, terkadang karya yang dihasilkan itu berupa jawapan atau bantahan terhadap suatu polemik yang dibawa oleh tokoh tertentu atau ditulis dalam sebuah karya yang lain. Walhasil, pada pengamatan penulis, khasnya kitab-kitab yang memuat polemik panjang itulah yang menjadi salah satu punca adanya pembahagian kelompok ulama Kaum Tua dan Kaum Muda, terutamanya pada awal abad 20 Masihi, sama ada yang berlaku di Haramain mahupun di Kepulauan Melayu itu sendiri, terutama di Minangkabau. Justeru, di kawasan-kawasan yang berlaku polemik itulah, kegiatan keilmuan Islam bergerak secara dinamik dan semakin hidup di antara dua kelompok tersebut.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US