Warisan Linguistik Bahasa Melayu

RM65.00
9789834950194
In stock
+

Warisan Linguistik Bahasa Melayu

Author: Mohd Tarmizi Hasrah
Publisher: DBP
ISBN: 9789834950194
Weight: 479 gsm
Pages: 398 pp
Year: 2025
Price: RM65

Buku yang mengandungi 10 bab ini berhujung pada hasrat untuk melihat linguistik bahasa Melayu sebagai suatu warisan keilmuan yang bitara dan tulen. Walaupun sisi kejatiannya masih diragui oleh ramai ilmuwan, khususnya yang berpedomankan grafisejarah linguistik moden. Namun, khazanah pengkaryaan tinggalan warisan linguistik bahasa Melayu, yang paling awalnya dikesan sejak pertengahan abad ke-19 Masihi, secara nyata menjelmakan suatu kemungkinan yang pasti, justeru mengundang natijah bahawa linguistik bahasa Melayu sememangnya merupakan suatu warisan keilmuan yang mempunyai teras falsafah, teori dan tatakaedah tersendiri untuk merungkaikan hakikat bahasa Melayu menurut cerapan watan. Maka, warisan ini perlu digarap dan seterusnya digilap agar potensinya berdaya dikembangkan secara sistematik bagi mengangkat hasil pengkaryaannya dengan lebih adil. Potensinya itu juga wajar dilanjutkan menerusi dialog kritis dengan warisan keilmuan linguistik lain bagi menerbitkan kritikan ilmu. Hal ini bagi membolehkan inovasi terhadap sains bahasa sedia ada yang sememangnya berpaksikan linguistik moden Barat.

Maka, buku ini sudah semestinya bernuansakan grafisejarah. Kandungannya tertumpu pada dua perkara yang saling berkaitan erat, iaitu sejarah idea dan sejarah intelektual. Lima bab pertama adalah tentang sejarah idea, dan bab-bab selebihnya tertala pada sejarah intelektual. Titik tumpu buku ini adalah untuk membangunkan linguistik bahasa Melayu yang berswaacuan dan mandiri, justeru dipasak dengan idea watan yang bitara dan tulen. Buku ini mengaitkan teras swaacuan dengan suatu konsep khusus yang digelar sebagai "reti bahasa". Hujah utama yang mewajarkan penerbitan konsep ini ialah penjelmaan "reti bahasa" yang sememangnya jelas dan nyata dalam khazanah pengkaryaan linguistik bahasa Melayu oleh bahasawan watan sejak tahun 1850 hingga 1950, maka berdaya menjadikannya sebagai acuan utama yang membingkaikan warisan keilmuan bahasa dan kebahasaan di Alam Melayu.


1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US