Warkah Diplomatik Melayu

RM60.00
9789670035147
In stock
+

Warkah Diplomatik Melayu

Author: Salmah Jan Noor Muhammad
Publisher: UPM Press
ISBN: 9789670035147
Page: 123 m/s
Year: 2022
Price: RM60

Warkah berhias dan warkah emas adalah antara domumen tinggalan sejarah yang sehingga kini masih boleh diakses di institusi-istitusi yang menyimpan khazanah warisan bangsa di serata dunia. Pada zaman kesultanan Melayu dan wujudnya sistem tulisan, warkah menjadi medium perantaraan utama dengan kerajaan-kerajaan lain dan jaga gabenor dari Eropah. Warkah mempunyai struktur penulisannya tersendiri dan dihiasi dengan iluminasi menarik yang terdiri daripada alam flora, haiwan dan juga cakerawala. Menerusi buku ini, pembaca akan dihidangkan dengan pengenalan kepada warkah yang menyentuh mengenai komponen, elemen dalaman dan fizikal, peranan jurutulis istana dan penelitian berkenan warkah. Di samping itu, turut dibincangkan tentang pendekatan dan tatacara filologi, elemen komunikasi interpersonal yang ditemui dalam warkah Melayu serta keragaman bingkisan hadiah diplomatik daripada orang Melayu kepada gabenor Eropah seperti Raffles, Lord Minto dan Baron Van Der Cappellen dalam menjalinkan hubungan atau sebagai penyelesaian kepada permasalahan yang timbul. Warkah yang kaya dengan kepustakaan ilmu ini tercipta adalah hasil daripada daya fikir, usaha serta ketelitian pihak istana memanifestasi sesuatu khazanah keintelektual terbaik dan berkualiti serta tinggi nilainya. Dengan terbitna buku ini, diharapkan akan dapat menyumbangkan dan menambahkan perolehan ilmu yang pengkajian genre warkah dan seterusnya dalam bidang kesusasteraan Melayu tradisional.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US