Bahki Lak: Dari Kodiang Aku Melangkah

Old price: RM25.00
RM22.50
You save: RM2.50 (10%) Save 10%
10 days
9789671390757
In stock
+

Bahki Lak: Dari Kodiang Aku Melangkah

Author: Ashraf Hadi
Page : 198 pp.
ISBN: 9789671390757
Publisher: ILHAM Books
Published: 2016

Bahki Lak..?

Bahki Lak ini bukanlah bahasa Arab baku. Sebaliknya ia merupakan loghat tempatan Arab Jordan, yang menjadi medium pertuturan dan komunikasi di sini. Ianya bermaksud “aku bicara dengan kamu” atau dalam loghat Kedahnya “Ni Aku Nak Habaq!”

Sebagai anak muda, dengan hormatnya aku mohon pada kamu semua, tidak kira tua atau muda, kaya atau miskin, ketua atau kuli, izinkan aku berbicara dengan kamu. Ya, aku sedar siapa diri aku. Akan tetapi, bukan bermakna aku tidak boleh berbicara langsung. Oleh itu, untuk aku, kamu dan semua, terdetik di dalam hatiku ini, untuk berkongsi sebingkai pengalaman selama aku berjalan melihat bumi Tuhan ini. Walaupun pengalaman aku ini tidaklah luas dan tidak seberapa indah, namun bagiku ianya amat berharga.

Sekali lagi ingin aku tegaskan. Aku merasakan begitu rugi jika aku tidak kongsikan bersama. Kerana pengalaman di Jordan, dan beberapa buah negara yang lain aku jejaki, banyak yang boleh aku ambil untuk dijadikan pengajaran dan pedoman. Di samping itu juga aku terfikir mungkin ini adalah salah satu cara untuk aku menyumbang pada kamu semua.

Bahki Lak! – Ni Aku Nak Habaq!