Elit Tradisi dan ReformasI di Asia Tenggara

RM70.00
9789672464389
In stock
+

Elit Tradisi dan ReformasI di Asia Tenggara

Author: Shaharuddin Maaruf 
Publisher: SIRD
ISBN: 9789672464389
Weight: 
Pages: 460pp
Year: 2022
Price: RM70

Kumpulan esei Shaharuddin Maaruf ini merenungi hubung kait antara Tradisi, pemodenan dan perubahan sosial dalam dunia Melayu-Islam Asia Tenggara. Persoalan Tradisi yang sungguh kompleks ini diamati dalam aspek-aspek khusus seperti persoalan kesinambungan sejarah, nilai-nilai, jati diri dan peranan orientasi agama dalam menentukan sifat dan hala tuju perubahan sosial ini. Etos-etos sejarah yang penting, seperti feudalisme dan kolonialisme, dan kesinambungannya dikaji dalam mencoraki pandangan hidup Asia Tenggara kontemporari.

Ada diandaikan salah satu faktor terpenting dalam membentuk dan mencoraki Tradisi ialah elit dan nilai-nilai mereka. Justeru esei-esei juga meninjau asal-usul dan latar belakang sosial pembentukan mereka. Sementara menentukan kesinambungan Tradisi-tradisi dan sistem nilai-nilai mereka, kumpulan-kumpulan elit ini sendiri ditentukan sifat dan pandangan hidup mereka oleh kesinambungan-kesinambungan sejarah dari zaman lampau hingga ke hari ini.

Dalam memperkatakan permainan antara Tradisi dan pemodenan, sudah tentunya perbincangan mencerahkan juga rintangan-rintangan terhadap pemodenan dan perubahan sosial yang berkemajuan. Aspek-aspek ini memang sentiasa menarik prihatin dan renungan mendalam tokoh-tokoh intelektual dan reformasi dari Tradisi Asia Tenggara. Sehubungan ini karya-karya Ibn Khaldun, Multatuli, Jose Rizal,  Pramoedya Ananta Toer dikaji dalam kerangka tema besar esei-esei.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US