Khazanah Perubatan Melayu: Tumbuhan Ubatan

RM90.00
9789672810254
In stock
+

Khazanah Perubatan Melayu: Tumbuhan Ubatan

Author: Nik Musa'adah Mustapha, Nik Zanariah Nik Mahmood, Nor Azah Mohamad Ali & Norini Haron
Publisher: Institut Penyelidikan Perhutanan
ISBN: 9789672810254
Weight: 
Pages: 319pp
Year: 2022
Price: RM90.00

Inisiatif memelihara dan memperkasa perubatan tradisional Melayu berasaskan tumbuhan ubatan diteruskan lagi dengan penerbitan buku Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan Jilid 4. Buku ini memaparkan 100 lagi spesies tumbuhan ubatan yang digunakan oleh pengamal perubatan tradisional Melayu hasil daripada penemuan projek yang bertajuk "Pendokumentasian Secara Komprehensif Pengetahuan Tradisi Melayu Berkaitan Tumbuhan Ubatan di Semenanjung Malaysia". Maklumat yang dimuatkan dalam buku ini merupakan data primer yang diperoleh melalui temu bual dengan 358 orang pengamal di seluruh Semenanjung Malaysia. Daripada jumlah tersebut, 47 orang pengamal ditemu bual secara lebih terperinci untuk mendapatkan sampel tumbuhan dan data yang lebih lengkap. Buku Jilid 4 ini merupakan kesinambungan daripada tiga penerbitan terdahulu iaitu buku Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan Jilid 1-3. Keseluruhan spesies tumbuhan ubatan yang telah didokumentasi menerusi buku Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan ialah sebanyak 565 spesies. Buku Jilid 4 ini turut memuatkan indeks nama saintifik dan juga vernakular bagi spesies yang telah diterbitkan dalam Jilid 1-3. Penyediaan indeks bagi jilid terdahulu bertujuan memudahkan pembaca mengenal pasti spesies yang telah diterbitkan dan indikasi jilid yang memuatkan spesies tersebut. Penerbitan ini boleh dijadikan rujukan oleh penyelidik daripada pelbagai bidang, pihak industri, pelajar serta orang awam untuk menerokai lebih dalam berkaitan tumbuhan ubatan.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US