Lima Agenda Perdana: Memperkasa Komitmen, Memacu Kecemerlangan

RM25.00
9789835218477
In stock
+

Lima Agenda Perdana: Memperkasa Komitmen, Memacu Kecemerlangan

Author: Ahmad Fauzi Ismail
Publisher: UTM Press
ISBN: 9789835218477
Weight: 
Page: 129
Year: 2022
Price: RM25

Buku berjudul Lima Agenda Perdana: Memperkasa Komitmen, Memacu Kecemerlangan ini merupakan kesinambungan buku Perutusan Naib Canselor UTM yang mula diterbitkan sejak tahun 2008. Selepas 13 tahun penerbitannya, buku Perutusan Naib Canselor 2022 pada kali ini menampilkan sedikit kelainan. Buat pertama kalinya, buku ini digarap menggunakan bahasa yang mudah, tanpa menjejaskan kandungan utamanya. Apa yang penting, mesej utama buku ini dapat difahami dan dihayati bersama seluruh warga universiti. Berdasarkan idea dan pemikiran kepimpinan UTM, kesemua warga perlu mendakap amanah, merealisasikan peranan dan tanggungjawab masing-masing berdasarkan lima agenda perdana yang menjadi intisari utama buku ini. Buku Perutusan Naib Canselor 2022 ini menjadi lebih istimewa, kerana buku ini diterbitkan semasa sambutan ulang tahun penubuhan UTM yang ke-50. Justeru, marilah kita bersama-sama menghayati kandungan buku ini dan meneruskan kelangsungan UTM sebagai sebuah Universiti Penyelidikan yang tersohor di peringkat nasional dan global.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US