Masyarakat Orang Asli: Impak Program Penempatan Semula

RM50.00
9789670876719
In stock
+

Masyarakat Orang Asli: Impak Program Penempatan Semula

Authors: Devamany S. Krishnasamy & Asan Ali Golam Hassan
Publisher: UUM Press
ISBN: 9789670876719
Weight: 0.4kg
Pages: 230pp
Year: 2016
Price: RM50

Orang Asli merupakan kaum minoriti yang peratusannya kurang daripada satu peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Di Malaysia tumpuan dasar pembangunan Orang Asli telah dilaksanakan sejak 1954 melalui Akta Orang Asli (Akta 134) dan penubuhan Jabatan Orang Asli (JOA). Walau bagaimanapun, sehingga kini, masyarakat Orang Asli masih kekal sebagai satu kelompok kecil golongan minoriti yang terpinggir daripada teras pembangunan nasional. Mereka masih digolongkan sebagai “the most marginalized sector of society”.

Salah satu strategi kerajaan untuk meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat Orang Asli adalah melalui Rancangan Penempatan Semula (RPS) dan Program Penyusunan Semula Kampung (PPK). RPS melibatkan perpindahan masyarakat Orang Asli yang jauh berselerak ke dalam satu kawasan yang dilengkapi dengan kemudahan asas dan aktiviti ekonomi untuk pertanian komersial.

PPK pula tidak melibatkan perpindahan penduduk, tetapi kawasan penempatan mereka disusun semula dari segi kemudahan rumah dan komponen infrasosial yang lain. Buku ini membincangkan impak program penempatan semula ke atas petunjuk sosioekonomi masyarakat Orang Asli di kawasan RPS dan PPK. Hasil penulisan buku ini berdasarkan kajian etnografi dan temu bual dengan 1,235 keluarga yang melibatkan 69 buah kampung dalam Parlimen Cameron Highlands, Pahang.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US