Modul Asas Penternakan Lebah Kelulut Lestari

RM25.00
Out of stock

Modul Asas Penternakan Lebah Kelulut Lestari

Author: Mohd Zulkifli Mustafa, Siti Amrah Sulaiman
Publisher: Penerbit USM
ISBN: 9789674612993
Weight: 0.2 kg
Pages: 72pp
Year: 2019
Price: RM25

Inginkah anda menghasilkan madu lebah sendiri? Jika ya, buku ini sangat sesuai sebagai satu panduan penting yang dihuraikan dalam bentuk nota ringkas bagi anda yang berminat untuk memulakan penternakan lebah kelulut sendiri. Menariknya, buku ini ditulis oleh dua orang pakar lebah dan madu tempatan. Tiada lagi keraguan akan keaslian dan kualiti madu di samping boleh menjana pendapatan tambahan yang lumayan. Penternakan lebah kelulut adalah satu aktiviti pertanian baharu di Malaysia dan ia sangat berpotensi sebagai sumber pendapatan tambahan tanpa pengurusan yang rumit. Bukan setakat nota ringkas, buku ini juga menawarkan langkah demi langkah yang praktikal dalam semua aspek penternakan lebah kelulut yang membolehkan anda menghasilkan madu berkualiti. Buku ini sangat bermanfaat dan boleh dijadikan panduan kepada sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang penternakan lebah kelulut. Bak kata pepatah Melayu, membeli buku ini ibarat 'Alah membeli, menang memakai'.

Mohd Zulkifli Mustafa merupakan pensyarah di Jabatan Neurosains, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia. Beliau memegang ijazah doktor perubatan veterinar dari Universiti Putra Malaysia dan ijazah doktor falsafah dalam bidang neurosains. Penglibatan beliau dalam industri lebah kelulut bermula apabila beliau merencanakan transformasi industri madu untuk penghasilan madu asli, bersih dan berkualiti bagi tujuan perubatan. Sehingga kini, beliau telah penternak melatih lebih daripada 2,000 orang lebah kelulut di Malaysia

Siti Amrah Sulaiman memperoleh ijazah doktor perubatan dan sarjana sains perubatan dalam bidang farmakologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia serta ijazah doktor falsafah dari Universiti Sains Malaysia (USM). Semasa bertugas di USM, beliau banyak menjalankan penyelidikan dan menerbitkan buku berkaitan madu dan herba serta menganjurkan pelbagai kursus dan seminar. Beliau telah bersara wajib sebagai pensyarah perubatan dari USM pada tahun 2017

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US