Mualaf Lestari Multietnik Malaysia

RM60.00
9789674881979
In stock
+

Mualaf Lestari Multietnik Malaysia

Editor: Khadijah Mohd Hambali & Nur Hidayah Mohd Puadzi
Publisher: UM Press
ISBN: 9789674881979
Weight: 
Pages: 
Year: 2021
Price: RM60

Pengalaman mualaf yang melalui tiga fasa kehidupan yang berbeza, sebelum, semasa dan selepas memeluk Islam dilihat penting untuk dijadikan contoh bagi memperteguhkan hubungan antara umat beragama, khususnya dalam masyarakat Malaysia. Dilema yang dihadapi apabila berhadapan dengan keluarga asal mualaf yang bukan Islam dan hubungan persaudaraan seislam telah memberi transformasi kepada sikap mualaf ke arah pemikiran yang lebih terbuka dan bertoleransi tinggi untuk mencapai keharmonian dan keamanan dalam perhubungan antara dua pihak ini. Justeru, keperibadian mualaf seperti ini amat diperlukan dalam membentuk modal insan masyarakat multi etnik, budaya dan agama di Malaysia.

Buku ini mengupas tema utama berkisar perihal masyarakat mualaf yang kurang ditonjolkan dan dibicarakan dalam wacana ilmiah. Ia menyajikan pandangan ahli akademik yang berkemahiran dalam hal ehwal mualaf, wakil NGO yang terlibat secara langsung dengan komuniti mualaf dan pengalaman bernilai mualaf sendiri. Perbincangan yang merangkumi aspek sosial, pendidikan, kebajikan, kebudayaan dan perundangan dikupas secara ilmiah namun santai bagi memberikan pengalaman pembacaan yang menarik dan mengujakan.

Justeru, buku ini memberi manfaat ilmu khususnya kepada pihak berwajib dalam pengurusan mualaf seperti Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri, Kementerian Perpaduan dan seluruh masyarakat multi etnik, budaya dan agama dalam usaha memperteguhkan hubungan antara umat beragama. Tuntasnya, buku ini mengupas kelestarian masyarakat mualaf sebagai modal insan yang bersama-sama masyarakat multi etnik, budaya dan agama dalam ‘uruf Malaysia memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian.


1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US