Ozon: Ciri-Ciri Bahan Pencemar dan Pedekatan Fraktal

RM35.00
9789672513834
In stock
+

Ozon: Ciri-Ciri Bahan Pencemar dan Pedekatan Fraktal

Editors: Noryazmin Ahmat Zainuri, Abdul Aziz Jemain, Nora Muda
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672513834
Weight: 0.29kg
Pages: 184pp
Year: 2021
Price: RM35

Maklumat dan perilaku bahan pencemar adalah sangat penting untuk dikaji bagi memantau tahap kualiti udara yang semakin merosot. Tahap kualiti udara yang semakin merosot bukan sahaja membahayakan manusia malah menjejaskan ekosistem haiwan dan tumbuhan kesan daripada aktiviti pembangunan yang dijalankan. Kajian ini memberi fokus kepada agen pencemar ozon yang mana tahap kepekatan ozon di dapati semakin meningkat dari sehari ke sehari. Peningkatan tahap kepekatan ozon telah menjadi isu yang semakin membimbangkan di seluruh pelusuk dunia termasuklah Malaysia. Pendedahan kepada ozon boleh menyebabkan pelbagai penyakit dan di antaranya adalah penyakit seperti asma, ketidakselesaan pada mata, batuk, radang paru-paru dan bronkitis Oleh itu, adalah sangat penting bagi memahami perilaku dinamik siri masa ozon bagi tujuan pemantauan yang lebih efektif. Dalam kajian ini, data dari tahun 1998 hingga 2009 yang meliputi 30 buah stesen pemantauan kualiti udara digunakan bagi menyiasat ciri-ciri ozon di Semenanjung Malaysia. Langkah pertama ialah mengatasi data lenyap yang wujud dalam data ozon. Kegagalan mesin, kesilapan manusia dan juga pensampelan yang tidak mencukupi merupakan di antara sebab berlakunya data lenyap. Bagi mengatasi data lenyap, beberapa kaedah imputasi digunakan bagi memperoleh data lengkap. Kaedah imputasi ini diuji dengan pelbagai peratusan data lenyap dari 5 peratus hingga 30 peratus. Kaedah imputasi terbaik khususnya bagi data kualiti udara di Semenanjung Malaysia dipilih berdasarkan penunjuk prestasi yang menggunakan nilai pekali korelasi, indeks persetujuan dan min ralat mutlak. Seterusnya, analisis fraktal digunakan bagi mengkaji tingkah laku dinamik ozon. Hasil analisis multifraktal spektra mendapati terdapat perbezaan corak tingkah laku ozon di antara stesen-stesen pemantauan kualiti udara yang dikategorikan sebagai kawasan bandar, luar bandar dan kawasan perindustrian. Perbezaan ini juga dapat dilihat berdasarkan kedudukan stesen kajian iaitu barat, timur, utara dan selatan Semenanjung Malaysia. Selain itu, tingkah laku ozon juga dilihat mempunyai perbezaan di antara ozon maksimum harian dan ozon maksimum dua hari. Peramalan menggunakan model AFRIMA yang bersesuaian dengan data siri masa ozon ditentukan dan seterusnya peramalan satu langkah ke depan dapat dilakukan.

NURYAZMIN AHMAT ZAINURI, Ph.D., merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Pendidikan Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mempunyai kepakaran dalam bidang Matematik Kejuruteraan, Pemodelan Statistik dan Pendidikan Kejuruteraan.

ABDUL AZIZ JEMAIN, Ph.D., merupakan Profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia. Mempunyai kepakaran dalam bidang Pemodelan Statistik Perubatan, Sains Sosial, Ekonomi dan Pengurusan, dan Persekitaran

NORA MUDA, Ph.D., merupakan Profesor Madya di Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains & Teknoloo Universiti Kebangsaan Malaysia. Mempunyai kepakaran dalam bidang Pemodelan Statistik Pengkomputeran Biologi. Pentaabiran Statistik dan Teknik-teknik Statistik Teguh

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US