​Pemikiran Tokoh Ulama Banjar Kedah

RM48.00
9789670468419
In stock
+

Pemikiran Tokoh Ulama Banjar Kedah

Author: Suhanim Abdullah

Publisher: UTHM Press

ISBN: 9789670468419

Weight:

Year: 2014

Page: 237pp

Price : RM48

Buku Pemikiran Tokoh Ulama Banjar Kedah memaparkan pengkisahan tentang sejarah dan peranan ulama di Kedah khususnya ulama Banjar. Buku ini dibahagikan kepada 5 bab. Pada bahagian pengenalan, dihuraikan dengan jelas sejarah pemikiran Islam dan tiga aliran pemikiran Islam yang utama. Pada bab 1, dibincangkan secara terperinci kedatangan Islam ke Kalimantan Selatan dan Kedah. Pada bab 2, dihuraikan peranan ulama di Kedah khususnya dalam bidang pendidikan dan penulisan. Bab 3 pula membincangkan penulisan dan pemikiran Sheikh Muhammad Taib bin Mas’ud iaitu seorang ulama yang hidup sekitar akhir kurun ke-19 Masihi. Bab 4 membincangkan penulisan dan pemikiran Tuan Hussein bin Muhammad Nasir iaitu seorang ulama yang hidup sekitar awal kurun ke-20 Masihi. Bab 5 memperkatakan tentang penulisan dan pemikiran Ustaz Ahmad Fahmi bin Zamzam iaitu ulama kontemporari.

Buku ini cuba memperlihatkan kesinambungan dan perubahan yang berlaku pada pemikiran ketiga-tiga ulama tersebut kerana perbezaan zaman mereka hidup. Dalam tempoh lebih kurang dua abad, negeri Kedah dan Kalimantan Selatan berkongsi menyaksikan kemunculan para ulama yang memainkan peranan besar dalam memberikan ilmu, memartabatkan bidang pendidikan agama, mencorakkan pemikiran dan membentuk budaya hidup masyarakat.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US