Pengukuran Kematangan Pengurusan Keselamatan Maklumat Organisasi

RM30.00
9789672515661
In stock
+

Pengukuran Kematangan Pengurusan Keselamatan Maklumat Organisasi

Author: Mazlina Zammani, Rozilawati Razali & Dalbir Singh A/L Valbir Singh
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672515661
Weight: 
Pages: 153pp
Year: 2021
Price: RM30

Pengukuran Kematangan Pengurusan Keselamatan Maklumat Organisasi merupakan buku yang telah dihasilkan berdasarkan kajian penyelidikan untuk meneliti usaha penambahbaikan yang berterusan dalam pengurusan keselamatan maklumat organisasi. Kajian ini tercetus akibat peningkatan insiden keselamatan maklumat ekoran ancaman dalaman dan luaran walaupun pelbagai langkah telah diambil oleh sesebuah organisasi untuk melindungi aset maklumat. Natijahnya, kerugian dan nilai daya saing organisasi akan berkurangan serta mengancam kewujudan organisasi tersebut pada jangka masa yang panjang. Justeru itu, usaha yang berterusan dari pelbagai pihak amat diperlukan untuk membanteras isu yang berkaitan keselamatan maklumat organisasi. Oleh yang demikian, buku ini bertujuan untuk berkongsi hasil kajian penyelidikan yang mengandungi model pengukuran kematangan pengurusan keselamatan maklumat organisasi. Model tersebut boleh diadaptasi sebagai panduan dan amalan terbaik untuk mengukur amalan pengurusan keselamatan pengurusan. Pengukuran yang berterusan terhadap amalan pengurusan keselamatan mampu memberi penunjuk terhadap tahap ketersediaan dan kemampuan organisasi dalam melindungi aset maklumat dan usaha menangani insiden keselamatan maklumat. Seterusnya, organisasi boleh meningkatkan tahap kawalan berdasarkan keperluan dan keadaan semasa dan seterusnya mencegah insiden keselamatan maklumat pada masa hadapan. Sebagai kesimpulan, organisasi berupaya mengukur tahap kematangan dan merancang penambahbaikan yang berterusan yang mampu menjamin kelestarian pengurusan keselamatan maklumat organisasi. Maka, buku ini disasarkan kepada pihak pengurusan organisasi dan pengamal industri yang berkaitan keselamatan maklumat organisasi. Buku ini juga boleh digunakan oleh penyelidik sebagai rujukan untuk menjalankan penyelidikan lanjut dalam bidang yang berkaitan.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US