​Perihal Keintelektualan Dan Kepengarangan Dalam Teks Tradisional

RM35.00
9789674121280
In stock
+

Perihal Keintelektualan Dan Kepengarangan Dalam Teks Tradisional

Editor: Nor Hashimah Jalaluddin

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674121280

Weight:

Year: 2021

Page: 290pp

Price: RM35

Teks tradisional yang lahir pada dan selepas abad ke-15 dikatakan sebagai mercu kegemilangan tamadun Melayu lama. Banyak sorotan, ulasan dan tulisan telah dibuat mengenai teks tradisional Melayu oleh sarjana tempatan mahupun luar. Dalam teks ini dikatakan terserlah ilmu, pemikiran, gaya hidup, sejarah, salasilah keturunan raja dan banyak lagi yang telah dipersembahkan sama ada secara tersurat mahupun tersirat. Meskipun telah lahir banyak tulisan mengenai teks ini, namun kajian terhadap teks tersebut tetap subur dan berjalan baik sehingga ke hari ini. Ini membuktikan bahawa banyak khazah pemikiran yang boleh dicungkil dan dijadikan bahan perbincangan ilmiah bersama. Buku ini telah dibahagikan kepada dua bahagian, satu mengenai keintelektualan Melayu dan satu lagi mengenai kepengarangan Melayu. Kedua-dua bahagian ini telah berjaya menonjolkan keintelektualan Melayu dalam menyusun dan mengolah cerita. Banyak jalan cerita beserta bukti-bukti bahasa dapat dirujuk sebagai pengukuh hujah bahawa teks ini tinggi mutunya. Perihal hebatnya pentadbiran Sultan Melaka telah berjaya menjadikan Melaka bukan sahaja pusat perdangangan dunia tetapi juga pusat peradaban yang agung. Teks yang terhasil sama ada bersifat sejarah mahupun hikayat tetap membawa mesej penting yang membiaskan keintelektualan Melayu pada zaman itu. Dakwaan bahawa teks Melayu adalah hasil cedukan dari cerita rakyat Hindu juga dapat ditepis berasaskan fakta dari cerita yang dikarang. Ini sekali lagi membuktikan bahawa keintelektualan dan kepengarangan Melayu adalah satu usaha yang boleh dibanggakan.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US