Tanah Simpanan Melayu: Suatu Legasi Bangsa yang Dipusakai

RM35.00
9789670924960
In stock
+

Tanah Simpanan Melayu: Suatu Legasi Bangsa yang Dipusakai

Author: Mohd Hasrol Haffiz Aliasak & Mohd Farid Sa'ad
Publisher: Penerbit UPSI
ISBN: 9789670924960
Weight: 0.5
Pages: 140p.p
Year: 2018
Price: RM35

Buku ini menghuraikan gambaran mengenai kewujudan suatu peruntukan khusus berhubung dengan bentuk pemilikan tanah bagi masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia. Bermula dengan sistem pemilikan tanah tradisional yang telah wujud sebelum kedatangan kuasa-kuasa imperialis Barat ke Alam Melayu yang antaranya ialah Sistem Pemilikan Adat Perpatih yang digunakan di Melaka dan Negeri Sembilan. Sistem pemilikan adat Melayu pertama kalinya diperkenalkan oleh Pentadbiran British di Negeri-negeri Selat bermula dengan pengenalan Ordinan Pemilikan Tanah Adat Melaka pada tahun 1886. Tanah Simpanan Melayu merupakan suatu pemilikan tanah khusus yang pada mulanya diperkenalkan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1913 dan seterusnya diperluaskan ke negeri-negeri Melayu yang lain selepas Perjanjian Bangkok ditandatangani antara Britain dan Siam pada tahun 1909. Kewujudan peruntukan Tanah Rizab Melayu bermatlamat untuk melindungi hak dan kepentingan tanah bagi komuniti Melayu yang merupakan penduduk asal di Semenanjung Tanah Melayu. Sejajar dengan perkembangan revolusi perindustrian di Britain pada abad ke-19 serta kekayaan sumber asli di Tanah Melayu telah menarik minat golongan kapitalis Eropah dan China untuk mengeksploitasi sumber yang terdapat di Tanah Melayu melalui pembelian tanah-tanah yang dibuka oleh komuniti tradisional Melayu. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh semua peringkat masyarakat di Malaysia bagi mengembalikan semula nisbah Tanah Simpanan Melayu sebagaimana yang termaktub di dalam 7 Wasiat Raja-raja Melayu yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-raja Melayu pada tahun 1957. Namun, masih lagi terdapat pendekatan atau kaedah dalam menangani isu kehilangan dan penyusutan Tanah Simpanan Melayu di mana faktor pasaran terhad menjadi alasan utama dalam membangunkan tanah tersebut. Oleh itu, buku ini turut mengupas dan mengetengahkan kaedah-kaedah terbaik dalam memastikan tanah pusaka tinggalan Melayu ini boleh bersaing dan berdaya maju selaras dengan kehendak dan keperluan pembangunan negara di era milenium.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US