Tokoh-Tokoh Pejuang Rakyat

RM60.00
9789672683414
In stock
+

Tokoh-Tokoh Pejuang Rakyat

Editor: Syed Husin Ali, Abdul Rahman Embong & Zikri Rahman
Publisher: Pusat Sejarah Rakyat
ISBN: 9789672683414
Weight: 0.463
Pages: 332pp
Year: 2023
Price: RM60.00

Buku ini ditulis dari perspektif sejarah rakyat dan mengandungi kisah-kisah individu yang pernah menyumbang kepada perjuangan kemerdekaan tanah air serta mereka yang hidup dan berjuang selepas merdeka untuk membela kepentingan rakyat demi mengisi kemerdekaan. Walaupun buku ini menampilkan sosok tokoh secara individu, namun di sebalik setiap tokoh itu, ada arus politik dan sosial secara kolektif yang bergerak dan melontarkan sosok itu ke hadapan melalui gagasan dan penglibatan mereka. Tokoh-tokoh itu berjuang dalam zaman masing-masing dan dengan cara masing-masing. Ada di antara mereka sudah dikenali umum tetapi banyak juga kurang dikenali apalagi diketahui secara mendalam. Sebahagiannya walaupun diketahui umum, peranan dan sumbangan mereka sering diremehkan, dan tidak diakui dalam sejarah rasmi negara. Kebanyakan mereka sering diletakkan pelbagai label seperti 'kiri', 'radikal', 'pengkhianat', 'melawan arus' dan sebagainya, serta berada di pinggiran dalam naratif sejarah negara kita. Kami berharap buku ini bermanfaat kepada pembaca pelbagai lapisan sebagai bacaan umum untuk menambah pengetahuan mengenai sejarah dan secara khusus ia digunakan oleh para pelajar dan peminat sejarah sebagai bahan rujukan dalam kajian masing-masing mengenai sejarah tanah air.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US