Wira Tidak Didendang: Pengalaman Penolong Pegawai Perubatan Menangani Wabak COVID-19

RM35.00
9789672516842
In stock
+

Wira Tidak Didendang: Pengalaman Penolong Pegawai Perubatan Menangani Wabak COVID-19

Author: Alias Mahmud, Mohd Amir Kamaruzzaman & Abdul Karim Mustafa
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672516842
Weight: 0.270 kg
Pages: 173pp
Year: 2022
Price: RM35

Jangkitan Coronavirus atau dikenali sebagai COVID-19 adalah wabak penyakit yang paling mengejutkan dunia pada abad ke-21 ini kerana dalam waktu yang singkat ia telah merebak pada semua negara di dunia dan menyebabkan kematian ratusan juta orang. Di Malaysia. sehingga Oktober 2021, lebih daripada dua juta pesakit telah disahkan positif, dengan lebih daripada 25 ribu kematian. Dijangkakan bahawa jumlah kes dan kematian akan meningkat lebih jauh apabila melihat kes aktif yang masih tinggi, iaitu melebihi 170 ribu kes. Profesion Penolong Pegawai Perubatan atau dikenali sebagai Pembantu Perubatan merupakan antara profesion tertua di negara ini. 

Mereka telah menabur jasa dan bakti kepada masyarakat di negara ini sejak ratusan tahun dahulu. Semasa wabak ini melanda negara, Penolong Pegawai Perubatan (PPP) merupakan kakitangan di barisan hadapan yang utama bersama-sama dengan anggota lain telah bertungkus lumus memerangi virus berbahaya ini. Namun, peranan PPP masih kurang dikenali oleh masyarakat walaupun mereka bertugas hampir pada semua fasiliti kesihatan yang terlibat dalam menangani wabak COVID-19 ini. Sehubungan itu, penulisan buku ini bertujuan untuk mendedahkan peranan PPP dalam menangani wabak yang berbahaya ini. 

Buku ini ditulis sendiri oleh PPP yang bertugas dari pelbagai jabatan dan fasiliti termasuk di laut lepas dan perladangan. Melalui perkongsian mereka ini, pembaca dapat meneroka peranan dan tugas mereka yang sentiasa berdepan dengan risiko terutama semasa menangani wabak COVID-19 yang telah melanda negara. Sesungguhnya dengan jasa dan bakti mereka ini, mereka layak dipanggil sebagai "Hero Tidak Didendang".

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US